Jangan Biarkan

25/09/10 – 00:49am

Kau sudah tidur mungkin.

Aku mahu kata bahawa kau sungguh kacak berbaju melayu biru muda ke rumah terbuka di rumah Ida tadi (tengoklah siapa yang pilih, kan?)

Cinta,

Izinkan aku berkongsi kekalutan rasa akhir-akhir ini.

Mimpi ngeri aku telahpun bermula. Apa yang aku cuakkan sedang berlaku.

Telah aku kabarkan tentang kebimbangan dan rasa terancamnya aku pada kewujudan mereka –mereka yang pernah, masih dan terus menjadi kenalanmu.

Tentang keengganan aku untuk mendengar imbauan kisah klasik kau bersama mereka-mereka itu.

Tolong jangan teruskan apa jua segi.

Tolong jangan buat aku memikir tentang itu..

Tolong jauhi aku dari segala sangsi.

Tolong sayangi aku dan hanya aku.

Tolong aku hapuskan segala rasa yang berbisa ini

Kerana aku sudah amat tamak untuk mendapatkan cinta kau.

Cinta...Jangan pergi dari aku.

Cinta...Jangan pernah berubah perasaanmu.

Cinta...Jangan biarkan aku dalam keresahan begini.

Hari ini...Aku hampir MATI.

******

*****

****

***

**

*

Sebenarnya:

Aku check email.

Ada friend request dilaman facebook aku.

Dalam list itu ada satu nama - 'Rnnyss bla bla bla'

Bawahnya hanya ada butang “Confirm” dan “Ignore”

Kaget!

No comments:

Post a Comment