Sabtu - 18.09.10
Perasaan ini sangat bercampur.
Aku tahu apa yang aku rasa ini sangat contradict dengan perasaan kau kala ini.
Aku tahu kau gembira. Kerana dapat keluar dan meluang masa bersama aku. Kerana dapat berkumpul bersama ‘Keluarga J’ kesayangan kau itu.
Aku? Penuh prejudis dan sedikit kesal.
Pesimis mungkin.
Susah la aku nak terangkan betapa aku terkadang rasa inferior with some or your actions.
Ok la, to make u more understand, allow me to tell u the Al-Kisah behind it.
First, the time you proposed me to draw a picture of us together I was so excited.
Kau kata kau berdebar. And so do I.
That moment of us accepting each other sebenarnya sangat berat bagi aku. Aku sebagai aku yang mula melakar tindakan dan tanggungjawab, mencari gambaran masa depan dan berusaha berfikiran waras dan meneliti tindakan wajar.
Aku ambil masa untuk memberi ruang kepada hati kau. Aku lupakan cebisan memori perasaan pada seseorang yang pernah kunanti (kau tahu siapa).
Dan waktu ini. Aku telah Berjaya. Menepis segala sisabaki ‘rasa’ terdahulu. Jiwa ini penuh. Untuk kau.
Namun sejak akhir-akhir ini ada rasa kurang enak yang sering berlegar dalam kotak fikiran aku. Tentang tindakmu, dan caramu.
Cinta,
Aku ini ada secebis hati sahaja. Tapi otak aku masih dua. Minda aku tak pernah lelap. Dalam lena dan jaga aku sering terbayang kemungkinan yang terkadang sadis. Aku tahu dan sedar bahawa bayangan itu bisa memusnahkan hati aku sendiri. Tapi aku tak berdaya membuangnya, dan aku tak mampu mengawalnya.
Cinta,
Pertama kali aku jatuh sayang sama kau, aku sudah tahu bahawa aku takkan mungkin melepaskan kau, kepada sesiapapun. Aku mahu kau sepenuhnya. Aku mahu tamak kasihmu.
Kerana tamak itulah aku sangat bimbang, pada setiap gerak dan tindakanmu.
Cinta,
Sebelum kita sekasih ini, aku telah tahu segala. Tentang kamu. Tentang kisah klasik kamu. Tentang dia sebelum aku. Tentang mereka dalam hidup kamu. Sepenuhnya aku arif dengan cerita dari mulutmu itu.
Cinta,
Sebenarnya aku sama sekali tidak mahu tahu walau sedikit pun tentang segala itu. Kerana aku enggan memikir. Dan kerana aku tidak mahu jadi aku yang sudahpun sedih hari ini. Ini bukan aku sama sekali.
Cinta,
Cerita lama kau itu telah menyakiti aku hari ini. Telah memakan hati aku sedikit demi sedikit. Pada beberapa hari yang lalu, aku terfikir bermacam perkara. Tentang kau dengan dia, atau dia itu, atau dia yang satu lagi, tentang kronologi cerita-cerita kau dan apa yang berlaku selepasnya. Semua itu tidak mampu pergi begitu sahaja dari kepala otak aku ini.
Kau tahu kenapa? Kerana kau. Kau yang meniup-niup ingatan aku pada semua itu. Tanpa kau sedari.
Kau dan cerita kau. Tentang mereka. Membunuh jiwa aku.
Cinta,
Mungkin kau patut tahu apa sebenarnya yang buat aku jadi begini dan begitu selalu.
Ini cerita aku. Mungkin kau akan tuduh aku ini hanya bermain dengan rasa negatif. Tapi aku mohon kau sedikit mengerti. Tentang satu sisi hati ini.
AKU BENCI MASA LALU.
Cereka Satu:
Aku jenguk facebook kau. Ada gambar baru (wahh..). Ada aku pulak tu (wahh lagi..). sedang menakal dibelakangmu(kembang hati sebab hanya aku dan kau sahaja dalam gambar itu).
Aku skrol ke bawah.
Eh, ada komen.
Ada org tanya kau siapa itu dibelakang kau.
Kau jawab ‘kawan baik aku’ (hati sudah mula layu).
Selebihnya aku menjadi bahan gosip mereka membandingtara.
Sungguh kurang sopan. Kerana mereka tiada hak untuk berkata tentang aku. Kerana aku bukan kenalan mereka.
Dan kau..kau hanya mendatarkan cerita tentang kita.(Bagi aku kau sedang berdalih. sama mereka).
Untuk itu, aku sangat kecewa.
***
Cereka Dua:
Di suatu pagi raya.
Kau melapor akan ziarah ke rumah seseorang di Dungun (Hati agak goyah mendengar nama itu).
Aku jadi sangat pesimis tanpa sebab.
Tiba-tiba fikiran aku laju mengulang kisah romantik kita. Kau bawa aku bersiar menikmati gurauan di luar sebuah taman tema. Aku sangat teruja dan seronok. Tiada gambar, namun melekat dalam album hati aku.
Satu hari pada kemudiannya, aku terlihat satu gambar kau (bukan bersama aku). Latar belakangnya menarik perhatianku bahawa aku juga pernah berada di tempat yang seakan serupa. Aku teliti, dan ya, sah aku pernah juga disitu. Dengan kau!
(Bermakna aku bukan yang pertama)
Hati aku rasa sengal sikit. Aduh!
***
Cereka Tiga:
Hari ini kau minta aku menemani kau bertemu rakan yang sudah kau anggap seperti keluarga. Keluarga Junior (whatever).
Mulanya aku tidak berminat, namun kau seakan mendesak.
(Maaf ye, ayat-ayat selepas ini mungkin agak kasar. Bukan pada paras normal)
Aku rasa kau sudah maklum bahawa aku ini sudah berjinak dengan dunia anti-sosial. Aku cukup tidak suka mengenali atau bertemu kawan baru (atas sebab apa pun).
Kau mungkin gembira bertemu mereka. Tapi aku tidak.
Kau mungkin teruja memperkenalkan aku kepada mereka. Tapi aku sebaliknya.
Kau mungkin seronok berbicara tentang apa sahaja. Tapi itu bukan aku.
Untuk itu, aku hanya bermuka plastik melayan mereka. Jangan salahkan aku kerana aku tiada sebab untuk menerima mereka. Tiada.
Aku sepenuhnya memberi ruang kepada kau untuk berbual bersama mereka. Terima kasih kerana tidak sedikitpun memaksa aku ikutcampur dalam bahan-bahan kalian. Memang bukan cara aku. Tindakan kamu itu memang first class. (tabik hormat!)
Namun ada celahan derai tawa kalian yang bikin aku rasa seperti berada di galeri pameran, dan aku sebagai yang-didalam-bingkai.
Paling tak boleh blah siap boleh berlumba-lumba siapa yang dapat tengok aku dulu. Hoi! Korang ingat aku ni Special Edition ke ape?
Tolong paham bahawasanya aku ini bukan untuk ditayang-tayang.terutama kepada mereka keluarga kau itu.
Telinga aku ini cukup nipis. Mata aku pula cukup telus. Kau tahu apa?
Biar aku bagitahu kau, masa aku sahaja yang berdua dengan H sambil menunggu kau dan yang lain memesan makanan, H ada bilang sama aku ‘You jangan amek hati kalau kitorang gurau-gurau nanti. Maklum la, masa tu Jai single.’ (WTF? Ada aku kisah ke?).
Dan aku jawab sambil senyum (paksa punya) ‘Anggap aje dia sentiasa single!'
Dalam hati aku cakap ‘Kenapa lah aku boleh ada kat sini? Get me out of here!’
Look, aku tak kisah dengan siapapun kau berkawan. Tapi aku kadang sungguh rasa terancam dengan orang-orang yang kau gelar kawan itu, juga mereka-mereka dari kisah klasik kau.
Aku tak mintak orang hormat aku. It just that I'm an extremely easily-irritated living creature. I don’t like people messing around with me coz I don’t really bother others. And one more thing, I prefer to be private than letting others know of things about me. (bila dah bengang ni mula la nak speaking kan..)
Hello, I HATE GOSSIPERS! Cuz I’m none of them!
(Sampai sudah aku duk fikir ape agaknye motif sebenar kau bawak aku jumpa Keluarga Bahagia kau tu. Saja nak bagi diorang modal ke? Great!)
-CEREKA TAMAT-
Seriously, I don’t like the idea of being a girlfriend or a so-called ‘awek’.
Aku benci amat. Bagi aku ‘awek’ itu hanya gelaran untuk sendaan. Tiada ketulusan.
Aku juga benci bila pada skala kebetulan-yang-dirancang, aku ini seperti terkait-kait dengan kisah klasik kau. Tolong, aku TIDAK MAHU ada seciput pun hubungkait dengan benda-benda yang kau selalu kata ‘itu kan cerita lama’. Well, cerita lama pun boleh jadi sequel dan kadang-kadang jadi drama bersiri tau!
Stop it.
Tiba-tiba aku jadi bingung kenapa aku boleh terjebak dengan semua ini?. Kenapa aku tiba-tiba berada dalam kelompok pacaran? Kenapa aku jadi salah seorang yang akan jadi buah mulut orang lain?
Please lah.. am tired of these..
Cinta,
Kita break, boleh tak?
No comments:
Post a Comment