The 25 You!

Salam..

Selamat hari lahir Cinta.

Aku harap kau bahagia hari ini.

Aku seronok lihat kau tersenyum sepanjang hari.

Rambut kau macam budak nakal tapi kau tetap kacak. hehe.

Cinta,
Aku mungkin tidak peka pada semuanya.

Maafkan aku jika aku belum sempurna untuk kau.

Maafkan aku jika belum sepenuhnya seperti harapmu.

Maafkan aku jika tidak memberi segala kasih padamu.

Maafkan aku jika tidak mampu membuat kau merasai cinta dalam hatiku.

Ini aku yang memang aku.

Cinta,
Hari ini tidak bermakna apa-apa

Kerana kita perlu selamanya sayang pada antara sesama

Pada setiap tarikh dan masa

Pada segenap kesempatan yang kita punya

Pada selang waktu yang tersisa

Kamu dan aku. Kita. Harus sejiwa.

Kamu cinta aku.

Selamat Hari Lahir untuk Abang 25!

Bercerai Badan

Salam.

Hari ini sayang aku bertambah. Sampai langit.

Kita mengakhiri sebuah hubungan yang berbayang jahil.

Kita mahu memulakan sesuatu dengan Rahmat Allah.

Kita perlu banyak berdoa.

Mohon Dia kuatkan hati, teguhkan iman.
Kita mohon Redha-Nya.

Cinta,
Aku mahu menjadi yang halal untukmu.
Mahu kau juga hanya untukku.

Aku semakin tamak.
Kerana kau sudah jadi permata
yang mula menunjukkan cahayanya.

Jangan Biarkan

25/09/10 – 00:49am

Kau sudah tidur mungkin.

Aku mahu kata bahawa kau sungguh kacak berbaju melayu biru muda ke rumah terbuka di rumah Ida tadi (tengoklah siapa yang pilih, kan?)

Cinta,

Izinkan aku berkongsi kekalutan rasa akhir-akhir ini.

Mimpi ngeri aku telahpun bermula. Apa yang aku cuakkan sedang berlaku.

Telah aku kabarkan tentang kebimbangan dan rasa terancamnya aku pada kewujudan mereka –mereka yang pernah, masih dan terus menjadi kenalanmu.

Tentang keengganan aku untuk mendengar imbauan kisah klasik kau bersama mereka-mereka itu.

Tolong jangan teruskan apa jua segi.

Tolong jangan buat aku memikir tentang itu..

Tolong jauhi aku dari segala sangsi.

Tolong sayangi aku dan hanya aku.

Tolong aku hapuskan segala rasa yang berbisa ini

Kerana aku sudah amat tamak untuk mendapatkan cinta kau.

Cinta...Jangan pergi dari aku.

Cinta...Jangan pernah berubah perasaanmu.

Cinta...Jangan biarkan aku dalam keresahan begini.

Hari ini...Aku hampir MATI.

******

*****

****

***

**

*

Sebenarnya:

Aku check email.

Ada friend request dilaman facebook aku.

Dalam list itu ada satu nama - 'Rnnyss bla bla bla'

Bawahnya hanya ada butang “Confirm” dan “Ignore”

Kaget!