Not Getting Any Better

Salam,

Kau ada cakap, "Jangan la asyik nak merajuk or tarik muka je..Kerja aku tak tentu masa, banyak benda nak kena settle, kadang tu tak busy aku datang la kat kau. Lagipun, kahwin nanti kan aku akan selalu dengan kau je, so sekarang ni tak payah la kerap sangat jumpa."


Tapi aku tak pernah pun ajak jumpa selalu-selalu. Hujung minggu je pun. Ataupun sebulan sekali. Itupun kalau ada hal penting nak kena urus. Aku mana pernah mintak kau datang tiba-tiba tanpa sebab.


Hari tu kau cakap "Jumpa nanti bincang. Dalam message nanti salah faham pulak."

Tapi hari ni masa hantar aku balik dari rumah Adib, kau tak cakap apa-apa pun.
Balik-balik cerita pasal kerja dan office kau. Sepanjang jalan.

Bila aku tegur, kau cakap aku tak nak dengar cerita kau, tak nak dengar kau share masalah.

Pastu terus kau marah-marah dan mengamuk kat aku.

(sepatutnya aku yang marah sebab kau mungkir janji.)

So, aku diam je.


Hari tu kau cakap "Hujung minggu kan kita selalu jumpa, lepak sama-sama, so time kerja ni biar la aku busy buat hal aku, kau kena la paham."

Tapi hujung minggu ni kau still banyak kerja, buka booth sana-sini, kita tak jumpa dan lepak sama-sama pun.. Aku boring duduk rumah sorang-sorang, sebab tu aku mintak kau hantar aku ke rumah Adib. Sekurang-kurangnya aku tak la merajuk ke marah-marah ke, sebab kau tak ada masa untuk aku.


Waktu makan kat kedai tadi pun kau sibuk tengok bola je, langsung tak buka mulut.
Aku kat sebelah tahan hati je bosan tak tahu nak buat apa.
Last-last aku main game dalam phone sebab nak elak dari mengamuk.
Kau..makan sambil enjoy dengan bola kat TV.
Fine.


Cinta,

Malam ni aku menaip dengan air mata yang tak henti mengalir

sebab aku tak dapat nak cakap kat kau tentang semua ni..

Tentang apa yang aku rasa..

Tentang apa yang aku fikirkan..

Tentang apa yang berlaku akhir-akhir ini..

Tentang kita..


Tolong selamatkan aku

sebab hati aku dah rapuh amat.

Aku tak mahu ia tertolak dan jatuh lalu berderai.

Tak ada siapa akan mampu nak kutip lagi.


='(