You Will be Away

hari ni hamba ingin menyanyikan sa-buah lagu bertajuk "You Will be Away".
guitar ready? drummer?
ok..three..four...


I heard the news so recent
you will be away a few moment (from now)
for some times I couldn't notice
that you'll be far from sight..

Oh why..Oh why..Oh why..
You will be away~~

It's only minutes left
That you'll be gone.

Waving goodbye to those around
Saying words of 'don't forget to this and that'.
For once a while you'll be back.
Hoping that things will just be fine.
Leaving only smile behind.

Oh why.. Oh why.. Oh why..
I has to be today~~~

Perempuan Hegeh Ini

09/12/11 – Jumaat

“Ubat yang kat sana belum rasa nak cari la..”

Ok. Kau tipu lagi.
Baru semalam kau janji nak ambil hati aku. Tak bagi aku terasa lagi.
Tapi hari ni...?

Weh, kau tahu tak aku banyak benda nak cerita kat kau?
Nak kongsi.
Nak bebel itu-ini sebelum basi.

Tapi dan-dan pulak la line telefon kena barred hari ni. Syial la!
Mujur la ada slot ‘Bukan Ayat Cinta’ ni.
Dapat la juga aku nak release dan buat luahan.
Kalau tak, makan hati jugak la sensorang.
Lagipun memori aku ni bukan kuat sangat. Tengah bercakap pun kadang-kadang lost, ni kan pulak nak simpan berhari-hari.

Semalam satu hari kau senyap.
Aku call kau tak angkat, aku SMS kau tak balas.
Gila apa aku tak rindu?

Tapi aku buat cool aje.
Mula tu memang macam nak hangin jugak, tapi aku cuba berbaik sangka.
Aku buat teori sendiri (kau bukan tak tahu yang aku ni suka buat teori kan?)
Mungkin telefon kau tertinggal kat mana-mana, office..atau dalam kereta..
atau kau keluar tak bawa telefon, mungkin kau pergi makan.

Aku agak sekejap nanti kau balas la bila dah ambil telefon kau tu.
Biasa la..aku pun jarang bawak telefon, leceh.

Tapi tunggu punya tunggu sampai aku dah nak tertidur pun still tak ada SMS.
Selalunya kau tak pernah missed wish ‘Nyte’ kat aku.
Dalam bingung-bingung, risau dan penuh misteri itu aku tertidur.

Bangun pagi aku kalut periksa kalau-kalau ada apa-apa update dari kau.
Dalam genggaman aku melihat skrin telefon masih biru tanpa sebarang notis.
(Alamak, spoil la..apesal tetiba jadi macam ayat novel la pulak. Ni yang aku tak berapa berkenan dengan diri aku nih..kena ambil mood sengal semula la camni.. Haih..)

.

.

.

Ok. Sambung.

Aku pergi kerja sambil bebel sorang-sorang atas motor on the way ke pejabat.
Mujur la tak hilang focus atau terbabas sebab asyik memikir teori dan kebarangkalian yang lain.
Sampai pejabat, parking motor macam biasa. Waktu tu Faris pun baru sampai.
Time nak ketik kad perakam waktu tu..(haip, jangan gelak! No. No. No..)
Aku tekan butang ‘OUT’ kat mesin perakam waktu tersebut sambil masukkan punch card aku.

Tiba-tiba Faris tegur dengan muka pelik
“Eh, baru datang dah nak balik kerja dah? Awal sangat lagi ni..”
Aku terkejut dan cepat-cepat tarik punch card aku. Apa aku buat ni?

Aku tekan semula button ‘IN’ pada mesin dan mengetik perakam waktu seperti biasa.
Faris tak habis-habis sengih sampai ke Kafe. Padah mengelamun sangat.

Lepas sarapan lepat pisang sebungkus setengah, aku naik bilik pensyarah.
Ambik laptop dalam laci, pasang wayar bagai dan tekan suis..

Tiba-tiba telinga aku tertangkap bunyi message masuk. Tet tet!
Of course la aku kenal tu message dari kau sebab aku dah set message alert tone.
Automatik aku menjerit “Yaahooo!!!”
Itu baru dengar bunyi je tu..belum baca SMSnya lagi.

Terus aku capai beg dan korek beg mencari telefon aku.

“Salam, morning..”
Perghhhhh ayat kau....ringkas dan padat.
Walaupun ini ayat rasmi kau setiap pagi pun, tapi untuk hari ini aku rasa terharu tak pasal-pasal. Bengong kan aku?

Sepertimana yang anda sedia maklum, biasanya aku akan ignore je ‘message template’ kau tu kan?
Memang jarang sangatlah aku nak reply.
Tapi hari ni, pagi ni, ibu jari aku dengan pantasnya select ‘REPLY’ lalu segera menyusun huruf..

“Yayaanggg!!! (aku dengar je bunyi message dalam beg, terus aku jerit yaho!)”

Terus aku tekan ‘SEND’ sambil senyum lebar. Puas hati aku.

Tiba-tiba bunyik error, aku tengok kat skrin telefon tertera

‘SENDING FAILED..MESSAGE BARRED..RETRY?’

Aku tekan ‘YES’

Sekali lagi keluar ‘SENDING FAILED..MESSAGE BARRED..RETRY?’

Kalau ikut hati aku ni memang nak tekan ‘YES’ je sampai keypad jammed. Tapi nampak sangatlah tak sekolah kalau buat macam tu kan..

Maka perlahan-lahan aku pasrahkan jari untuk menekan butang ‘NO’.

Sedih segala pilu aku waktu tu. Manyak su-wei ooo ini ha lee.. Appa pun tak bley!

Aku letak telefon ke tepi. Memang tak boleh nak buat apa dah, mana nak cari tempat bayar bil dalam pejabat ni. Nak tak nak memang kena tunggu balik kerja la.
Dalam hati kata
‘Ah, tak apalah..petang ni mesti dia call nak buat appointment..Jumaat memang wajib meeting’.

Kat meja aku dari jam 0830 sampai ke pukul 1200 sibuk menanda kertas periksa budak-budak.
Due date hari ni sebelum pukul 5 petang. Banyak lagi yang belum beres nih..
Aduih..serabut otok!

Lepas Zohor aku duk telek telefon kot ada SMS. Tak ada.
Pukul 1630 petang. Tak ada panggilan.

Aih..lain macam je ni. Dia ok ke tak ni? Petang ni ada appointment ke tak ni? Aku nak get ready apa yang patut.
Aku solat Asar siap-siap takut kau tertunggu-tunggu kat bawah ke apa bila aku balik karang kan.. Risau jugak.

Pecut motor. Sampai rumah. Parking segala.
Sebelum naik rumah aku jeling lagi sekali phone aku.
Tak ada kemajuan pun?! This is so not you.

Mujur la malam td aku berjaya buat ‘Call-me-back’.
Walaupun kau banyak ulang perkataan sama iaitu “Entah lah..” tapi aku tak kisah pun, yang penting aku dapat dengar suara kau dan tahu yang kau ok kat sana.
Lega sikit hati ni.

TERIMA KASIH sebab sudi call saya yang hegeh ini. Terima Kasih sangat-sangat.
Minta maaf kalau menyusahkan awak dan makan kredit line awak. Saya boleh ganti kalau awak nak. Nanti bila line saya dah tak kena barred saya call awak pulak k. Saya boleh call lebih lama dari awak call saya tadi. Sebab saya memang dah tak ada kawan lain yang perlu dihubungi. Dalam phonebook telefon saya cuma ada nombor awak seorang je tau. Nombor orang lain semua saya baru je delete sekejap tadi. Bukan susah pun. Saya tekan ‘DELETE ALL’ je.

*aku masih membaca semula message yang aku nak reply kat kau pagi tadi dan terus cuba menekan ‘SEND’. Mana la tau kot boleh curi line ke kan..

Maxis jahat.. tak mungkin masih ‘SENDING FAILED..MESSAGE BARRED..RETRY?’

Sekarang jam 0105 pagi. Dah masuk hari sabtu pun.
Kau tengah tidur kan? Selamat Magi (malam + pagi).

Cinta Mesti Kemas. Jiwa Wajib Kental. Hati Mau Kering beb!

Not Getting Any Better

Salam,

Kau ada cakap, "Jangan la asyik nak merajuk or tarik muka je..Kerja aku tak tentu masa, banyak benda nak kena settle, kadang tu tak busy aku datang la kat kau. Lagipun, kahwin nanti kan aku akan selalu dengan kau je, so sekarang ni tak payah la kerap sangat jumpa."


Tapi aku tak pernah pun ajak jumpa selalu-selalu. Hujung minggu je pun. Ataupun sebulan sekali. Itupun kalau ada hal penting nak kena urus. Aku mana pernah mintak kau datang tiba-tiba tanpa sebab.


Hari tu kau cakap "Jumpa nanti bincang. Dalam message nanti salah faham pulak."

Tapi hari ni masa hantar aku balik dari rumah Adib, kau tak cakap apa-apa pun.
Balik-balik cerita pasal kerja dan office kau. Sepanjang jalan.

Bila aku tegur, kau cakap aku tak nak dengar cerita kau, tak nak dengar kau share masalah.

Pastu terus kau marah-marah dan mengamuk kat aku.

(sepatutnya aku yang marah sebab kau mungkir janji.)

So, aku diam je.


Hari tu kau cakap "Hujung minggu kan kita selalu jumpa, lepak sama-sama, so time kerja ni biar la aku busy buat hal aku, kau kena la paham."

Tapi hujung minggu ni kau still banyak kerja, buka booth sana-sini, kita tak jumpa dan lepak sama-sama pun.. Aku boring duduk rumah sorang-sorang, sebab tu aku mintak kau hantar aku ke rumah Adib. Sekurang-kurangnya aku tak la merajuk ke marah-marah ke, sebab kau tak ada masa untuk aku.


Waktu makan kat kedai tadi pun kau sibuk tengok bola je, langsung tak buka mulut.
Aku kat sebelah tahan hati je bosan tak tahu nak buat apa.
Last-last aku main game dalam phone sebab nak elak dari mengamuk.
Kau..makan sambil enjoy dengan bola kat TV.
Fine.


Cinta,

Malam ni aku menaip dengan air mata yang tak henti mengalir

sebab aku tak dapat nak cakap kat kau tentang semua ni..

Tentang apa yang aku rasa..

Tentang apa yang aku fikirkan..

Tentang apa yang berlaku akhir-akhir ini..

Tentang kita..


Tolong selamatkan aku

sebab hati aku dah rapuh amat.

Aku tak mahu ia tertolak dan jatuh lalu berderai.

Tak ada siapa akan mampu nak kutip lagi.


='(

Kasihan Sama Aku

Salam..

Lately kau amat sibuk.

Kerja. Kawan.

Kawan. Kerja.

Kau sana.
Aku sini.

Aku cuba untuk minta perhatian kau.
Tapi kau nampak tidak peduli.
Kau kata "nak marah, marah la..aku penat.."

Come on, it's already late at night
and you are still staying up to do your work.
Salah ke kalau aku nk minta seminit-dua masa untuk bermanja?

Dah la sepanjang minggu ni kita tak ada masa bersama pun.
Nak SMS pun kau asyik dengan macam-macam agenda harian kau.
Aku tunggu kau contact aku sampai lewat malam,tapi sia-sia.
Malam aku cuma ada bunyi kipas dan sesekali tangan aku menekan-nekan keypad telefon kalau-kalau aku terlepas bunyi message masuk.
Namun yang ada cuma wallpaper kosong di skrin.

Setiap hari di akhir-akhir ini, kita cuma bicara tentang
"Kau sihat?" dan "Dah Makan?"
Oh..itu sungguh bosan!

Aku sudah tawar hati.

Harap aku takkan lama begini.

Cinta,
kau kata tak mahu buat hati aku luka lagi.
Kau sudah janji.
Mujurlah aku tak simpan dalam hati.
Sebab aku tahu kau takkan pernah mengerti.

p/s: sila pujuk aku. (T.T)

Ape Salah Aku?

Luqman Hakim on facebook:
‎" itu betina kalau tak jumpa kau sehari die mati ke ha?? Dia takda otak ke apa?? ko pun satu bangang punya jantan dah tau duit tak da, sibuk hari-hari pegi dating. bodoh ke ape.!!! " kata-kata seorang ibu yg garang mcm singa kepada anak nye. hahaha :D

ok. aku terasa. T.T

dah la lately kita banyak salah faham.
we struggle to work this out.
aku lak asek kena attack je dengan kawan-kawan kau.
sakit la aku macam ni beb.

dulu kau asek keluar dengan aku pun dia sound kata kau pentingkan awek daripada kerja.
mungkin waktu tu aku salah.
aku yang selalu mintak tolong kau itu ini.
sampai kau terpaksa balik lewat sebab sibuk layan aku.

tapi yang ni,
yang harini.
aku tak salah beb.
kau yang ajak aku makan pas kerja.
semalam pun kita makan sebab kau datang hantar motor aku.

salah aku ke?
itupun mujur aku paksa kau balik awal.
kalau tak, entah ape lagi la maki yang aku dapat.

kenapa selalu aku yang kena?
kenapa?
kau buat apa kat diorang sampai diorang semua nak attack aku?
macam semuanya aku yang salah?
macam aku ni asik nak berkepit dengan kau.
macam aku ni manja sangat?
macam aku ni dependent sangat kat kau.
macam aku ni mati kering kalau takde kau?
macam aku ni tak boleh hidup kalau sehari tak jumpa kau?
macam aku ni helpless shait!

aku tak tahu la nak cakap apa lagi.
kau ade janji dengan diorang ke?
then kau pergi kat aku terus tak layan diorang?
so diorang fakap. sentap?

aku tak kisah langsung.
kalau kau ade hal aku tak pernah paksa layan aku.
kalau member kau perlukan kau, aku tak pernah pun halang or merajuk sakan.
never as far as I remember.

tapi bila jadi macam ni,
sekali lagi reputasi aku dah jatuh beb.
orang akan pandang aku ni yang teruk.
orang akan label aku macam-macam.
kejam, Queen Control, kongkong laki.
aku la tu.

Damn! What should I do?
Kita break-up baru diorang puas hati kot.

H for Hell

Salam.

I notice your 'family' member si H just removed me from her friend's list in fb.

What the fuss? She's the one who add me and yet she remove me?
I told you that she have her agenda.
She might not favour me from the first time we met.

Aku menyesal approve dia dulu.
I thought she really want to be a friend.

Kadang-kadang aku tak kisah pun kalau orang nak remove aku.
Kalau kita yang add dia. That means dia tak mau kita jadi kawan dia.

Tapi when it turns out to be this way, maknanya she's proves me that she is just one of my stalker.
Mungkin dia add aku dulu sebab nak get some info on our relationship.
Bila aku tak approve, dia duk komen kat fb aku.
Sekarang dia remove aku mungkin sebab dia dah dapat apa yang dia nak tahu.
Atau knowing about me is no more relevant to her.
Baguslah kalau macam tu, you freak.

She seems nice but her beauty really turns me down.
I don't know why but I have some sort of inferiority.
And then again. I hate your 'Funmily'!

The 25 You!

Salam..

Selamat hari lahir Cinta.

Aku harap kau bahagia hari ini.

Aku seronok lihat kau tersenyum sepanjang hari.

Rambut kau macam budak nakal tapi kau tetap kacak. hehe.

Cinta,
Aku mungkin tidak peka pada semuanya.

Maafkan aku jika aku belum sempurna untuk kau.

Maafkan aku jika belum sepenuhnya seperti harapmu.

Maafkan aku jika tidak memberi segala kasih padamu.

Maafkan aku jika tidak mampu membuat kau merasai cinta dalam hatiku.

Ini aku yang memang aku.

Cinta,
Hari ini tidak bermakna apa-apa

Kerana kita perlu selamanya sayang pada antara sesama

Pada setiap tarikh dan masa

Pada segenap kesempatan yang kita punya

Pada selang waktu yang tersisa

Kamu dan aku. Kita. Harus sejiwa.

Kamu cinta aku.

Selamat Hari Lahir untuk Abang 25!